You are here: Home › About-Us

Mengenai Kami

Home Phototherapy Services Sdn Bhd (501390-M) diperbadankan pada bulan Disember 1999 dengan objektif mengadakan sistem yang berdaya maju disektor komersial untuk perkhidmatan rawatan fototerapi di rumah bagi bayi baru lahir menghidapi penyakit kuning. Rawatan ini diilham oleh pasangan jurutera mekanikal dan doktor perubatan, yang keempat-empat anak mereka mengalami kekuningan yang serius semasa baru lahir. Setelah melalui pengalaman yang mencabar ini, mereka berazam mengadakan rawatan yang lebih memudahkankan dan mesra bagi ibu-bapa lain. Rawatan fototerapi tentunya boleh dilakukan di rumah dengan peralatan dan sistem yang betul. Pencarian peralatan yang sesuai untuk kegunaan fototerapi di rumah bermula pada awal tahun 2000. Kami meneliti berapa peralatan yang diperingkat antarabangsa, ciri-ciri kekuatan dan kelemahan masing-masing. Kami menetapkan ciri-ciri asas yang mesti ada pada peralatan yang bakal dipilih termasuk: selamat, berkesan, mudah untuk diguna, mudah diselenggara, sesuai untuk iklim tropikal di Malaysia dan tahan lama. Malangnya tiada peralatan yang memenuhi semua keperluan ini.

 

Pada bulan Julai 2000 kami menerima hakikat untuk terpaksa membuat peralatan sendiri dengan sumber yang terhad. Penyelidikan dan pembangunan kami mengambil masa tujuh bulan di mana beberapa mesyuarat telah diatur dengan pakar kanak-kanak di pelbagai pertubuhan. Kami menerima nasihat kepakaran mereka dan menjelang Mac 2001 kami telah bersedia untuk bayi mengguna peralatan kami.

 

Pesakit pertama kami diperkenalkan pakar kanak-kanak di Pusat Perubatan Subang Jaya pada 17 April 2001. Bayi berumur lima hari dan tahap bilirubin adalah 260 mmol / L[micromol per litre]. Setelah rawatan dan lawatan ke doktor pada hari ke 7, tahap bilirubin adalah 180 mmol / L.

 

"Penurunan ini adalah sama baik dengan rawatan di hospital” adalah kenyataan yang diberikan doktor pakar. Maka sahlah peralatan kami telah mencapai matlamat yang ditetapkan.



Contact Information

  • E-mail: enquiry[at]bluelite.com.my
  • Telephone: +603.7880.1440
  • Address: D513 Kelana Square, Jalan SS7/26 Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya Selangor DE, Malaysia.