You are here: Home › Advantages

KELEBIHAN

Mana-mana ibu bapa kepada bayi yang sakit kuning tentunya berharap pengalaman mereka merawat bayi dapat dipermudahkan. Rawatan di hospital selalunya menyulitkan mereka.

Fototerapi Di Rumah berasal dari Amerika Syarikat di mana ia adalah pilihan diterima oleh profesion and industri perubatan dengan mempunyai sejarah selama 40 tahun. Keberkesanan fototerapi di rumah disokong oleh pelbagai kajian klinikal termasuk di United Kingdom, Kanada, Australia dan Malaysia.


Terjemahan di atas:

"Apabila digunakan dengan betul, fototerapi di rumah adalah sama berkesan dengan rawatan hospital, lebih menjimatkan dan tidak mendatangkan apa-apa bahaya yang jelas kepada bayi”

MJ Maisels, Jaundice, dlm Neonatoloogy Pathology and Mangement of the Newborn, 4th Ed 1994, JB Lippincott, Philadelphia (Buku Teks Perubatan)

Fakta mengenai Fototerapi Di Rumah adalah:

  • Tekanan yang dialami oleh ibu dan keluarga dapat dikurangkan. Ibu bapa tidak perlu berulang alik ke hospital. Anak-anak yang lain tidak kerinduan ibu-bapa yang selalunya ada di rumah.
  • Penyusuan Ibu tidak terganggu. Susu ibu telah lama diiktiraf sebagai nutrisi yang terbaik untuk bayi anda. Fototerapi di hospital biasanya memisahkan ibu dan bayi.
  • Ikatan ibu dan anak yang sangat penting pada peringkat awal dapat dipermudahkan.
  • Ia selamat, mudah digunakan dan berkesan dengan peralatan yang betul.

Bagi peralatan kami keselamatan telah terbukti dengan lebih 6,000 pengguna. Tiada pelarasan (adjustment) perlu dibuat. Peralatan kami dijamin sekurangnya sama berkesan dengan peralatan hospital apabila digunakan dengan betul.

  • Penjimatan sehingga 80% daripada keseluruhan kos rawatan termasuk perundingan dan pemeriksaan makmal pesakit.
  • Adat berpantang bagi sesetengah ibu boleh dipatuhi sepenuhnya dengan tidak meninggalkan rumah. Bayi itu boleh dibawa ke doktor oleh bapa dan dewasa lain.


Contact Information

  • E-mail: enquiry[at]bluelite.com.my
  • Telephone: +603.7880.1440
  • Address: D513 Kelana Square, Jalan SS7/26 Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya Selangor DE, Malaysia.