You are here: Home › FAQs

Soalan Lazim

Adakah rawatan fototerapi di rumah disyorkan oleh doktor untuk semua kes-kes penyakit kuning?

Tidak. Rawatan fototerapi di rumah adalah rawatan alternatif untuk rawatan hospital jaundis fisiologik yang terdiri daripada kira-kira 90% daripada kes-kes yang memerlukan rawatan untuk penyakit kuning. Ia juga sesuai untuk rawatan bagi kes-kes penyakit kuning yang lain dengan nasihat doktor.


Saya melihat ramai ibu bapa mengabaikan penyakit kuning dan selepas dua minggu atau lebih anaknya dalam keadaan baik, Adakah fototerapi diperlukan?
Kajian mengatakan 75% daripada bayi menunjukkan kekuningan. Daripada jumlah ini, 20% memerlukan rawatan. Biasanya pada puncak jaundis fisiologi pada hari ketujuh atau kelapan, kepekatan bilirubin yang sangat tinggi boleh menyebabkan kerosakan pada bahagian otak. Apabila ini berlaku cerebral palsy (kekejangan akibat kerosakan pada otak dan saraf) dan pekak boleh berlaku.

Kebanyakan ibu bapa tidak mahu mengambil risiko ini. Dalam kes seperti yang disebut ibu bapa berkenaan tidak menpunyai pengetahuan tentang risiko jaundis. Ada juga pendapat dari doktor bahawa penyakit kuning yang tidak dirawat (sebelum peringkat puncak di atas) boleh memberi kesan kepada bahagian otak lain dan menjejas pertumbuhan mental.

Adalah rawatan di rumah mudah?
Berdasarkan pengalaman kami dengan lebih 6,000 bayi, perkara yang perlu dilaksanakan boleh dikendalikan oleh kebanyakan ibu bapa. 35% dari penguna fototerapi rumah adalah pengguna kali pertama.


Berapakah peratus bagi pengguna yang memerlukan sewa melebihi tempoh 3 hari?
Kira-kira 13% berdasarkan data yang terkumpul

Berapakah peratuskah bayi yang dirawat di rumah dimasukkan semula ke hospital? Mengapa?
Kurang daripada 2.0% dimasukkan semula ke hospital.

Sebab utama adalah mereka tidak mendedahkan bayi di bawah cahaya dengan tempoh masa yang cukup lama. Ini pula disebabkan mereka tidak sampai hati melihat anak kesayangan menangis.
Kebanyakan ibu bapa mengakui dan sebahagian lagi tidak. Kami tahu kerana bacaan meter jam yang direkodkan apabila ia dihantar ke rumah pesakit dan kami mengambil bacaan yang direkodkan apabila kes ini berlaku. Selalunya didapati hanya dua hingga tiga jam sehari yang direkodkan. Ini adalah tidak memadai.

Bolehkah saya meneruskan penyusuan jika bayi saya berpenyakit kuning?
Penyusuan adalah baik untuk bayi walaupun penyusuan ibu menunjukkan bacaan bilirubin yang tinggi, padahal manfaat daripada penyusuan adalah jauh melebihi risiko. Ibu bapa perlu lebih memantau dengan lebih teliti. Penyusuan ibu mungkin menyebab tempoh penyakit kuning yang lebih lama tetapi tidak perlu bimbang. Cahaya yang mencukupi dan susu boleh menbantu bayi anda melalui tempoh ini dengan agak mudah.

Teruskan penyusuan ibu, kecuali anda dinasihatkan oleh doktor untuk berhenti sementara atau menggunakan susu formula sebagai tambahan.

Pakar perubatan saya tidak membenarkan samasekali fototerapi dibuat dirumah. Apa yang patut saya buat?
Memang ada pakar perubatan kanak-kanak tidak membenarkan fototerapi dijalankan di rumah. Ini adalah pola pemikiran mereka.
Anda boleh mendapatkan pendapat perubatan kedua. Mendapatkan pendapat perubatan kedua daripada pakar perubatan lain adalah disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Seorang doktor yang menpunyai pengetahuan tentang rumah fototerapi perlu ditanya sebelum membuat keputusan mengunakan fototerapi rumah atau hospital. Lebih 50 pakar perubatan kanak-kanak di 20 organisasi yang berbeza telah mensyorkan kegunaan fototerapi rumah sejak 2001. Senarai ini boleh didapati daripada kami.

Mengapa anda tidak dapat meyakinkan semua doktor untuk menggunakan fototerapi rumah?

Terdapatnya satu kajian klinikal, satu kajian kesihatan umum dan lebih 6,000 bayi dirawat di rumah dan hospital dengan menggunakan peralatan kami dan untuk orang yang hendak melakukan penilaian yang adil.
Doktor adalah golonggan orang yang susah untuk kita bercakap, apatah lagi untuk diyakinkan.
Apabila Prof Diraja Ungku Aziz ditanya pada harijadi ke-80 beliau mengenai siapakah yang memberinya banyak masalah kepada beliau semasa sebagai Naib Canselor di Universiti Malaya, beliau berkata, " Doktor (perubatan), kerana mereka sudah memuktamadkan pandangan mereka”.

Terdapatnya dua unit yang berbeza untuk mengukur tahap bilirubin. Sila jelaskan.

Unit yang biasa digunakan dalam dan luar negara adalah
mmol / L (micromol per liter). Unit lain yang digunakan di Amerika Syarikat dan sebahagian hospital tempatan adalah mg / dl (miligram per decilitre).
Untuk menukar
mmol / L kepada mg / dl, kalikan dengan 17. Contohnya 11.8 mg / dl adalah kira-kira 200 mmol / L.


Apakah tahap bilirubin untuk fototerapi diperlukan?
Terdapat panduan yang dikeluarkan oleh institusi yang berbeza untuk jaundis fisiologi. Di bawah adalah panduan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Ingat bahawa ini hanya panduan dan mungkin terdapat faktor-faktor lain semasa doktor anda membuat keputusan. Anda boleh minta dia menjelaskan berdasarkan maklumat dibawah.

PERINGKAT TINDAKAN yang dicadangkan untuk jaundis neonataldengan kesihatan Bayi yang baru lahir

FOR PHOTOTHERAPY AND EXCHANGE TRANSFUSION IN HOSPITALIZED INFANTS OF >=35 WEEKS GESTATION

IP - Intensive Phototherapy ET - Exchange Transfusion

Hours of Life

Total Serum Bilirubin Levels mg/dL (mmol/L)

Low Risk

>= 38wks & Well

Medium Risk

>=38 wks + Risk factors

35 to <38wks & Well

High Risk

35 to <38wks + Risk factors

IP

ET

IP

ET

IP

ET

<24*

24

12(200)

19(325)

10(170)

17(290)

8(135)

15(255)

48

15(255)

22(375)

13(220)

19(325)

11(185)

17(290)

72

18(305)

24(410)

15(255)

21(360)

13(220)

18.5(315)

96

20(340)

25(425)

17(290)

22.5(380)

14(250)

19(325)

>96

21(360)

25(425)

18(305)

22.5(380)

15(255)

19(325)

Note:

·Start conventional phototherapy at TSB 3mg/dL(50mmol/L) below levels of intensive phototherapy

·Risk factors – isoimmune haemolytic disease, G6PD deficiency, hypoxiceschemic encephalopathy, significant lethargy, temperature instability, sepsis, acidosis or albumin <3.0g/dL

·* Infants jaundiced at <24hours of life are not considered healthy and require further evaluation

(*) Bayi yang berpenyakit kuning klinikal pada umur 24 jam atau kurang dianggap tidak sihat dan memerlukan penilaian lanjut [yang bermaksud fototerapi rumah tidak boleh dilakukan untuk golongan ini - HPS]


Berapa banyak penurunan tahap bilirubin boleh dijangkakan dengan penggunaan peralatan anda bagi satu hari?
Kebanyakan bayi yang berumur 3 Hari ke 6 Hari, penurunan 60 hingga 120
mmol / L boleh dicapai dalam 2 hari.
Berdasarkan kajian klinikal purata 19 pesakit adalah 53.4
mmol / L / hari jika fototerapi dilakukan selama 16 hingga 18 jam sehari dengan penyakit kuning sederhana 200-270 mmol / L.

Apakah penurunan terbesar dengan menggunakan peralatan anda?

Di rumah terdapat kes di mana tahap telah menurun lebih daripada 100 dalam satu malam, tetapi ini adalah pengecualian. Jangka untuk purata di atas apabila anda menggunakan peralatan dengan betul.
Penurunan terbesar tercapai apabila unit kami digunakan di hospital-hospital kerana ini adalah di mana kes-kes teruk dirawat. Kami tidak mempunyai akses kepada rekod hospital.
Penurunan terbesar (diketahui kepada kami) dicapai dengan peralatan kami berlaku pada 7-8 November 2004 di Hospital Pusat Rawatan Islam, Jalan Ipoh, KL. Tahap turun lebih 200
mmol / L (dari 410 mmol / L ke bawah 200 mmol / L) dengan 15 jam penggunaan.

Fototerapi pertamanya merupakan proses penyerapan atau penapisan cahaya. Oleh kerana bilirubin berwarna kuning ia akan menyerap (atau bertindak sebagai penapis) untuk cahaya biru. Cahaya biru digunakan untuk penyerapan maksimum. Jika anda menggunakan cahaya putih kebanyakannya tidak akan diserap tetapi cuma memanaskan bayi.

Kekuningan adalah lebih pekat apabila bacaan bilirubin tinggi dan proses ini menjadi lebih efisyen. Adalah lebih mudah menurunkan paras bilirubin daripada 300 ke 250 berbanding 200 ke 150

Bolehkah lampu dibuat dengan tiub biru yang saya dibeli?

Lampu yang bukan direka secara profesional untuk fototerapi berkemungkinan besar tidak berkesan dan membahayakan bayi anda. Jangan eksperimen sendiri dengan anak anda.

Pembuatan lampu yang berkesan perlu melalui proses R & D yang termasuk ujian klinikal.


Bagaimanakah saya boleh tahu bahawa sesebuah syarikat yang menyewakan alat fototerapi itu boleh diyakini peralatan dan perkhidmatannya?

1) Sesuatu peralatan itu tidak boleh diyakini selagi tidak ada ujian klinikal yang diterbitkan di jurnal perubatan walaupun alat itu direka di Germany, Jepun atau USA. Pastikan alat yang di sewa telah menjaloani ujian kilinikal. Kalau tak ada hanya teori sahaja

2) Pastikan syarikat itu mempunyai radiometer khas untuk lampu biru (450nm). Radiometer digunakan untuk mengukur tahap sinaran pada kulit bayi. Peralatan yang kurang berkesan akan memanjangkan tempoh rawatan dan membawa lebih banyak kos kepada anda. Kalau tak ada radiometer jangan sewa

3) Pastikan syarikat itu mempunyai pegawai atau penasihat perubatan yang bertauliah. Syarikat akan meminta maklumat anak anda, tahap jaundis, umur dan sebagainya sebelum setuju membuat penyewaan. Fototerapi di rumah ada hadnya. Kalau semua boleh dibuat fototerapi di rumah mungkin dia bomoh.

4) Pastikan syarikat itu berdaftar atau sedang didaftarkandengan Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah akta GDPMD.

Adakah ibu bapa bayi pramatang mengalami masalah yang berlainan semasa fototerapi di rumah?
Hampir keseluruhan bayi pramatang mengalami kekuningan. Kebanyakan mereka yang dimasukkan ke hospital selama beberapa hari dan seterusnya bersambung dirumah.
Secara umumnya, lebih mudah untuk menjalankan fototerapi bagi bayi pra-matang kerana mereka tidur lebih lama dan kurang menangis. Anda hanya perlu memastikan bahawa mereka mendapat susu secukupnya.

Walaupun dua objek bentuk sama, nisbah Luas Permukaan / Isi Padu berkurangan apabila saiz meningkat. Satu kiub kecil mempunyai nisbah LP/IP yang lebih besar berbanding kiub besar. Dari perspektif fototerapi luas permukaan mewakili luas kawasan kulit yang ada untuk dedahan cahaya. Isi padu mewakili kuantiti serum yang perlu dirawat. Lebih permukaan kulit dan kurang serum adalah lebih baik dan sebaliknya.

Fototerapi untuk bayi yang kecil adalah lebih efisyen kerana nisbah LP/IP lebih tinggi berbanding bayi yang lebih besar.

Apakah had saiz bayi untuk muatan peralatan?
Setakat ini belum ada kes yang ditolak kerana saiz besar.
Dalam rekod yang ada, bayi terbesar adalah 4.8kg dan yang paling kecil adalah 1.6kg (kembar empat) semasa lahir.

Adakah syarikat ini mempunyai pengalaman dengan kembar yang kedua-duanya jaundis?

Lebih sepuluh bayi kembar telah menjalani rawatan di rumah. Anda perlu menyewa dua unit. Kami akan memotong kos pengangkutan untuk unit kedua.
Dua bayi tidak akan muat dalam satu peralatan. Berkongsi masa dengan menyewa satu alat sahaja pernah dicuba tapi kurang berjaya.


Adakah anda mempunyai banyak pelanggan yang berulang?
Kami mempunyai ramai pengguna yg berfototerapi di rumah untuk empat kelahiran berturut-turut. Lazimnya jika anak yang pertama ada jaundis, kekuningan akan berulang pada anak berikutnya.

Adakah rawatan di rumah terhad kepada mereka yang kurang berkemampuan?
Penghantaran kami merangkumi dari rumah setinggan kepada mereka yang paling berada di Negara ini. Rekod termasuk anak-anak dan cucu-cucu Ketua Pegawai Eksekutif syarikat tersenarai awam dan menteri-menteri persekutuan.
Kebanyakan pengguna adalah orang yang bekerja biasa dan tinggal di kawasan perumahan. Kos walaupun penting tetapi bukan sebab utama ramai berfototerapi di rumah. Sebab utama adalah fototerapi di rumah memudahkan

Adakah warna kulit menjejaskan rawatan fototerapi ini?
Tidak, dari pengalaman kami. Mereka yang melakukannya dengan masa yang mencukupi akan mendapat hasil yang berkesan.
Walau bagaimanapun pengguna keturunan Eropah, Jepun, Korea sebagai satu kumpulan biasanya mendapat keputusan yang lebih baik berbanding dengan penduduk tempatan. Kami berfikir bahawa ia berkaitan dengan disiplin mereka yang lebih baik

Apakah kaedah yang lebih baik untuk melindungi mata bayi semasa fototerapi? Dengan guna patch mata biasa atau vinil berwarna?
Kedua-dua kaedah sama selamat.
Patch mata mendedahkan kulit muka lebih kepada cahaya biru oleh itu lebih baik bagi fototerapi.

Vinil berwarna menapis spektrum biru oleh itu seluruh muka tidak mendapat pendedahan yang diperlukan. Kami sekarang tidak menggalakkan cara ini.

Saya mendapati diri saya sensitif kepada cahaya biru selepas saya menggunakan rawatan anda. Apa yang boleh saya lakukan untuk mengurangkan rasa ketidak selesaan ini?

Kaedah yang praktikal adalah dengan mengurangkan kebiruan dengan menghidupkan lampu putih (bukan kuning) di dalam bilik. Pada waktu siang anda boleh membuka tirai dan biarkan cahaya semula jadi masuk.

Tiub lampu biru yang digunakan adalah Philips TL20W52 atau Osram L18W 71, kedua-duanya buatan Jerman khusus untuk tujuan fototerapi. Untuk berkesan kekuatan sinaran perlu mencapai tahap tertentu. Ini diukur oleh radiometer lagi khusus untuk spektrum ini.

Tiub memancarkan cahaya biru dan bukan ultra-ungu seperti yang difikirkan oleh sebahagian orang. Cahaya yang kebiruan ini tidak wujud dalam alam semula jadi. Walaupun tidak berbahaya untuk jangka masa rawatan ia boleh menyebabkan ketidakselesaan bagi sesetengah orang.


 

Mengapa unit Bluelite digunakan oleh hospital? Adakah ia lebih baik daripada lampu hospital?

Lampu Mudah Alih BlueliteTM adalah peralatan keluaran inovatif. Ia dipatenkan (No Paten: MY118022-A) dan digunakan oleh beberapa pusat perubatan kerana keberkesanannya.
Berdasarkan kajian klinikal ia memberi penurunan purata 53.4 micromol / L / hari atau lebih dua kali ganda berbanding "double phototherapy” di hospital kerajaan (22.1 micromol / L / hari) [Med J M'sia Ogos 2004]. Bluelite adalah unit fototerapi mudah alih paling berkesan yang terdapat di pasaran sekarang.
Gambar di atas menunjukkan 3 unit digunakan oleh hospital. Bluelite lebih disukai kerana keberkesanan yang konsisten.

 

 

Contact Information

  • E-mail: enquiry[at]bluelite.com.my
  • Telephone: +603.7880.1440
  • Address: D513 Kelana Square, Jalan SS7/26 Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya Selangor DE, Malaysia.