You are here: Home › Neonatal-Jaundice-and-Phototherapy

Jaundis Bayi Baru Lahir and Fototerapi


Jaundis (atau hiperbilirubinemia) pada bayi baru lahir dianggarkan dialami 75% bayi dengan kira-kira 20% memerlukan rawatan. Tanda-tanda termasuk kekuningan pada kulit dan mata disebabkan oleh bilirubin yang berlebihan dalam darah.

Bilirubin lazimnya diproses oleh hati dan dinyahbadankan melalui hempedu dan usus. Jaundis berlaku apabila bilirubin dihasilkan dengan kadar yang lebih cepat daripada ianya dapat diproses oleh hati bayi yang belum matang.

Dalam kebanyakan kes, rawatan melibatkan fototerapi iaitu pendedahan kepada cahaya biru selama beberapa hari di hospital. Pemantauan paras bilirubin dilakukan setiap hari melalui ujian spesimen darah. Fototerapi ditamatkan apabila bacaan bilirubin turun kepada tahap yang selamat.

Sejak tahun 2001 ribuan ibu bapa di Lembah Klang telah memilih fototerapi rumah berdasarkan cadangan dan setelah berunding dengan pakar kanak-kanak mereka. Keputusan menunjukkan bahawa fototerapi rumah adalah sama berkesan seperti rawatan di hospital.

Peralatan fototerapi rumah yang disewa dari kami akan dihantar ke rumah anda, dipasang dan ditunjukkan kepada anda kaedah penggunaannya.

Laman web ini bertujuan untuk memberi bimbingan kepada ibu bapa yang menunggu kelahiran bayi mereka. Dengan mengambil kira kemungkinan anak mereka kuning mereka boleh membuat perancangan untuk rawatan dan kosnya.


Home PhotoTheraphy Leaflet
Untuk Petaling Jaya


Untuk Penang
Muka Surat 2
Klick Sini Untuk Lihat

Perjanjian Persetujuan
Untuk Petaling Jaya
Klick Sini Untuk Lihat

Contact Information

  • E-mail: enquiry[at]bluelite.com.my
  • Telephone: +603.7880.1440
  • Address: D513 Kelana Square, Jalan SS7/26 Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya Selangor DE, Malaysia.