You are here: Home › Rental-Procedure

Bagaimana Untuk Mendapat Perkhidmatan Fototerapi Di Rumah

Untuk menggunakan perkhidmatan kami ibu bapa perlu membawa anak mereka yang baru lahir untuk pemeriksaan doktor. Ini adalah satu keperluan wajib. Berdasarkan pemeriksaan dan ujian darah yang dijalankan, doktor akan menentukan sama ada fototerapi diperlukan.

     

    Bagi doktor yang biasa dengan fototerapi di rumah, pilihan akan diberikan kepada ibu bapa bayi yang baru lahir yang sesuai untuk melakukan fototerapi di rumah atau di hospital. Jika menerima rawatan di rumah bayi mesti dikembalikan kepada doktor selepas satu atau dua hari (2-3 hari lebih lazim). Dalam kebanyakan kes kekuningan akan reda dan fototerapi boleh dihentikan

     

    Diingatkan rawatan di rumah hanya sesuai untuk lebih-kurang 90% kes bayi kuning bukan semuanya.

     

    Ini adalah langkah-langkah yang anda perlu ambil untuk melakukan fototerapi rumah:

     

    * Bawa bayi anda berjumpa doktor yang terbuka kepada melakukan fototerapi di rumah. Jika anda tidak pasti anda boleh menghubungi kami (03 - 7880 1440 atau 012 - 395 1311)

    * Jika fototerapi diperlukan dan boleh dilakukan di rumah, hubungi kami untuk menetapkan masa untuk kakitangan kami pergi ke rumah anda. Masa menunggu lebih-kurang dua jam melainkan ada kes yang belum selesai.

    * Setelah peralatan siap dipasang dan penggunaannya ditunjukkan oleh kakitangan kami, anda perlu menandatangani satu Perjanjian Persetujuan maklumat (klik untuk lihat)

     

    * Pengutipan bayaran separa RM300.00 secara tunai atau cek akan diambil daripada anda dan jumlah ini dicatatkan pada salinan perjanjiannya. Ini adalah resit sementara anda.

    * Selepas bayi anda telah melihat doktor kali kedua dan disahkan pulih oleh doktor, hubungi kami untuk mengatur pengambilan balik alat. Kakitangan kami akan mengutip jumlah baki RM185.00 dan mengeluarkan resit rasmi bagi keseluruhan jumlah RM485.00. Ini adalah untuk perkhidmatan di PJ dan sebahagian besar Kuala Lumpur dan Shah Alam pada waktu biasa.

    Untuk caj-caj lain sila lihat bahagian Kos

     

Contact Information

  • E-mail: enquiry[at]bluelite.com.my
  • Telephone: +603.7880.1440
  • Address: D513 Kelana Square, Jalan SS7/26 Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya Selangor DE, Malaysia.